Tanda-tanda Awal Gangguan Emosi
Definisi
ü Satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih karasteristik oleh
murid-murid.
ü Kamus Dewan : akibat konflik yang
tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui
pertuturan atau perlakuan tertentu.
Tanda-tanda masalah emosi
• Tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab munasabah
• Selalu mengantuk atau tertidur di dalam kelas
• Sentiasa kelihatan letih
• Kerap sakit perut
• Mudah diserang penyakit
• Duduk dalam keadaan yang tidak selesa
• Pencapaian akademik yang semakin merosot
• Sering berasa cemas, takut dan benci
• Konsep kendiri yang lemah
• Bertindak tidak wajar disebabkan tekanan perasaan
• Suka bergaduh
• Kerap berbohong
• Bertindak liar untuk menarik perhatian
• Tindak balas kurang matang
• Berperawakan ganjil
• Membela diri secara tidak menentu
• Menunjukkan perasaan dengki\Mengkritik secara keterlaluan
• Suka termenung atau berkhayal
v Kebiasaannya seseorang yang merasa emosinya terganggu adalah kerana:
ü Kecemasan dan marah
ü Sukar tunjukkan emosi tertentu
ü Alami kesulitan
ü Konflik
2 Jenis;
Positif
Negatif
Gangguan emosi
boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan iaitu;
1.
Gangguan emosi ringan
Tidak terlalu kelihatan
pada ciri-ciri dari luarannya. Murid dapat mengawal dirinya.
2.
Gangguan emosi sederhana
Akan lebih kelihatan.
Kebiasaannya perasaaan
marah, takut atau sedih menjadi perkara normal pada murid. Contoh : murid pergi
tandas seorang diri, berasa takut sehingga menangis, marah pada guru. Kesannya
sanggup tahan sehingga terkencing.
3.
Gangguan emosi berat
Jelas kelihatan dari luar.
Janggal dari tingkah laku asal/ kebiasaan. Contoh : ketika murid sedang marah,
dia akan mengamuk, menjerit atau menyakiti dirinya sendiri.
Punca Gangguan Emosi
·
Persekitaran sekolah
·
Gaya pengajaran guru
·
Peristiwa dalam keluarga
·
Pengaruh keluarga
·
Pengaruh rakan sebaya
·
Tindakan guru
Langkah-langkah Menangani Gangguan
Emosi
Ø Peranan ibu bapa
Ø Tindakan guru
Ø Gaya pengajaran
Ø Kepimpinan guru
Ø Kefahaman terhadap minat dan sikap pelajar
Ø Kerjasama
Ø Penerapan nilai
Ø Suasana ceria
Ø Penerangan jelas
Peranan ibu bapa
-
Ibu bapa mengambil tahu
masalah yang dihadapi oleh anak di sekolah. Perbincangan antara ibu bapa dan
guru berkaitan anak yang mempunyai masalah dilakukan dari masa ke masa bagi
menangani masalah anak secara bersama-sama.
Tindakan guru
-
Mengesan murid yang dikenal
pasti mengalami gangguan emosi. Merujuk ke ahli psikologi, kaunselor, atau
personel bertauliah bagi mendapatkan perkhidmatan psikologi dan kaunseling
serta khidmat bimbingan yang diperlukan murid.
Kepimpinan guru
-
Guru perlu mahir dalam
menguruskan bilik darjah. Guru perlu memastikan murid jelas dengan peraturan
yang ditetapkan serta memahami dan bersetuju dengan peraturan tersebut.
Penganjuran Program
-
Program berbentuk
pendidikan sebagai tindakan sokongan dalam pembentukan tingkah laku. Bertujuan
membantu murid yang mempunyai masalah gangguan emosi bagi meningkatkan
pencapaian akademik, kemahiran sosial dan mengawal tingkah laku serta untuk
meningkatkan konsep kendiri.
Penerapan Nilai
-
Guru menggunakan
modifikasi tingkah laku yang sesuai dengan murid. Peneguhan positif diberi
kepada murid yang menunjukkan tingkah laku yang diingini serta menetapkan
hukuman yang adil dan bersesuaian bagi murid yang melakukan kesalahan.
Gaya pengajaran
-
Murid diberi peluang
mengenal pasti kesalahan atau tingkah laku yang tidak diingini. Murid diberi
ruang oleh guru dan rakan sekelas yang lain untuk memperbaiki tingkah laku.
Hak Asasi Kanak-kanak
·
Menurut Hak Asasi Manusia,
setiap warganegara layak mendapat peluang pendidikan;
·
Semua kanak-kanak berhak
untuk belajar bersama-sama. Kanak-kanak tidak seharusnya diperkecil atau
didiskriminasi
·
Orang dewasa yang kurang upaya,
menggambarkan diri mereka sendiri sebagai orang-orang yang terselamat di
sekolah khas, mendesak untuk mengakhirkan pengasingan. Tiada sebab-sebab
perundangan untuk memisahkan kanak-kanak daripada pendidikan mereka.
Antara Hak Setiap
Kanak-Kanak adalah seperti yang berikut;
·
untuk dilahirkan, untuk
mempunyai nama dan kewarganegaraan;
·
untuk mempunyai keluarga
yang akan menjaga dan menyayangi;
·
untuk tinggal di dalam
komuniti dan persekitaran yang aman dan damai;
·
untuk mempunyai makanan
yang mencukupi dan tubuh badan yang aktif dan sihat;
·
untuk mendapatkan
pendidikan yang baik dan membentuk potensi diri;
·
untuk diberi peluang untuk
bermain dan beriadah;
·
untuk dilindungi daripada
penderaan, eksploitasi, kecuaian, keganasan dan bahaya;
untuk dipertahankan dan
diberi bantuan oleh kerajaan;
No comments:
Post a Comment